Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: 2013
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

Tips Hadapi STRESS


Assalamualaikum..Stress memang selalu dihadapi oleh golongan pelajar dan pekerja. ANDA STRESS??? Jom kita ketahui punca dan cara mengahadapinya ^_^

APA ITU STRESS?

Stress = satu tindak balas antara fizikal dan emosi

SIAPA YANG MUDAH TERDEDAH KEPADA STRESS?

- Individu yang suka bersangka buruk
- Kaki gaduh
- Kerap runsing
- Terlalu serius
- Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)

PUNCA STRESS

- Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar)
- Pegangan hidup yang negatif
- Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyak kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri)

INDIVIDU YANG MENGALAMI STRESS AKAN:

- Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih ganti
- Gemar menyendiri
- Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
- Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
- Kurang kreativiti
- Pelupa
- Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
- Merokok
- Makan berlebihan atau tiada selera makan
- Lewat melakukan sesuatu
- Berubah perlakuan memandu

SELAIN DARI ITU KESAN STRESS JUGA AKAN:
- Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua / pelanggan di pejabat.
- Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah (konflik rumahtangga)
- Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah / masyarakat / kariah

CARA UNTUK MENANGANI STRESS:

- Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
- Memperbanyakkan solat, zikir
- Beriadah dan bersukan
- Mengawal diet
- Mandi air suam
- Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
- Bersedekah
- Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
- Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
- Berehat - bercuti dan bersantai
- Selalu tersenyum


Syukran, maa ssalamah. Waila liqa'...=)

Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

24 Perkara Harian yang JANGAN Dilakukan

 
 
Assalamualaikum..hari ni NR nak share perkara yang tak kurang pentingnya. Harap boleh dijadikan iktibar. Sumber.
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg jangan dilakukan yg seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki kurang (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui
Wassalam..=)
 

Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)