Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Kronologi Kisah #FromIkemToKisas
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

Kronologi Kisah #FromIkemToKisas


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.

Since I've no idea what title should I use for this entry, so I just use the title "Kronologi Kisah #FromIkemToKisas. But don't get me wrong, this story isn't as amazing as #FromKematToOxford story. 
Actually it is my junior who create that tagline #FromIkemToKisas in her farewell letter for me. Hehehe..thanks a lot my junior ^_^

I have so many stories to be written here, so this entry is gonna be a veeery long entry, I thought.

Before continue your reading, please turn on this MP3. I wanna make some sentimental effect while you're reading ^^ Only for computer user.

So, from where should I start?

Okay, let's start from last year, 2015, when I've finished sitting for PT3.

Aaaaahhhhhhh!! Such a heavy burden had missing from me and all of PT3 candidates on that day, after we have finishing our last paper, Bahasa Arab Komunikasi(BAK).

After a few days break on the weekend, I asked my friend, Wan Maisarah or we call her, One about her plan after this...whether she want to stay in Ikem or not. As usual, her answer is..50-50. Either Ikem or Kisas. I knew his heart like had been taken by her beloved sister, Sis Mazlin to Kisas when she got to know that Sis Mazlin got the offer to study there last year. We all could see how much broken her heart was. She seemed to lose half of her spirit.<<<--Is this too hyperbola??

Why not?? Sis Mazlin was like her adopted sister in Ikem and we knew how close their relationship was but what could we do? We just could give advice and words of encouragement to her.


"If you and Sis Mazlin are destined to meet again, you would meet her no matter what".


Then...time passed very fast, until the day of announcement for PT3 results, December 14 2015, arrived. Alhamdulillah, twelve of my friends and I have successfully got the results of 11A and the others also have past with flying colours.

After took the results, I met One again and asked her the same question..whether she want to stay or not. And her question was..."Wanna, I've already fill the online application form for SBP...and of course Kisas is my first choice". Wowww...

*penatlah speaking. BM lah pulak*

Balik rumah........

NR mula terfikir........merenung semula kehidupan di Ikem. 
Honestly, duduk kat Ikem memang takde masalah pun. Cikgu-cikgu, ustazah tasmi', kawan-kawan, akademik dan hafazan semua baik-baik saja..ye, semuanya baik-baik saje.

TAPI! 
Macam ada sesuatu yang kosong. Sesuatu yang kosong NR rasa walaupun NR duduk di bumi barakah dan dikelilingi para huffaz. Aduhh..NR terfikir pasal benda ni dan mula masuk mode 'mencari katarsis'. Waduuhhh..melebih bangat sih bahasanya.

NR mencari 'suasana' di Ikem yang boleh dikatakan biah solehah(suasana solehah). Ye...NR terjumpa biah tu di celah-celah ceruk kehidupan di Ikem. Alhamdulillah...tapiiiii! NR perlukan lebih tarbiyah! Dan hakikat tarbiyah tu jugak datangnya drp biah solehah! Kenapa NR tak rasa biah yang dimaksudkan tu sepenuhnya even duduk di bumi itu? Hmmm............

*Untuk renungan..*

Borang permohonan oline untuk SBP siap diisi..
NR rasa macam tak salah kot cuba mintak Kisas. Kalau dapat, dapatlah. Tak dapat, nasib. Lagipun abang dengan kakak NR dah pernah sekolah kat situ. Taklah macam rusa masuk kampung sangat kalau dapat pergi..kalau dapatlah...kalau dapat...

Maka, setelah kajian dan penyelidikan tentang kepentingan solat istikharah dibuat, NR mula dirikan solat istikharah pada malam hari yang sama(hari ambik result). Next, tidur. Okey, petunjuk belum kuperoleh<-- Alahaii...Teruk betullah baru sekali buat istikharah dah nak jawapan..

Lepas tu sepanjang cuti NR buat lagi dan lagi. Pelik. 
'Kenapa belum dapat petunjuk ye? Ada banyak dosa ke aku ni? Ke aku yang tak pandai tafsir petunjuk yang Allah bagi? Kot-kot Allah ada bagi petunjuk melalui kehidupan sehari-hari ke..?'

Sampailah 2/1/2016. Tarikh daftar sekolah untuk tahun 2016. Bermulalah kehidupan sebagai seorang Form 4. Kehidupan masih normal..alhamdulillah.

Istikharah masih berjalan...dan, ditakdirkan Allah, keesokan harinya...Ahad(3/1/2016), NR ditimpa masalah yang sangat berat kat Ikem. Masha-Allah...Allah je yg tahu betapa beratnya masalah tu. Dan NR tak luah kat sesapa pun..luah kat atas kertas je..Sampailah tarikh Sabrina masuk sekolah(Sabrina daftar lambat sikit), NR luah semua masalah tu dekat dia sebab dia memang seorang pendengar yang setia dan penasihat yang baik, seriously.

Lepas dengar cerita NR tu, Sabrina cakap.."Wanna, saya rasa masalah ni boleh jadi petunjuk istikharah awak lah". Terkejut. Terkedu. Tak pernah terfikir pun. Tak tahu nak cakap apa...tapi, mungkin nasihat dia tu ada betulnya. Maybe boleh jadi petunjuk kot.

Waktu weekend, NR balik rumah sebab ada hal tertentu.
Solat istikharah. Then tidur. Tak sangka, malam tu NR dapat mimpi pasal sekolah yang NR patut pergi. Alhamdulillah..Tapi, benda tu NR diamkan. Sebab NR takut NR yang tersalah tafsir. 
Tapi still mengharap petunjuk yang NR dapat tu betul. Alhamdulillah petunjuk ke Kisas. Tapi jalan cerita mimpi tu biar NR sorang jelah yang tahu. Tak perlu diceritakan kat sini. Hehehe..:D

Dan..lepas tu, solat istikharah still dibuat, sampailah pagi Jumaat, 29/1/2016...waktu weekend kat sekolah. Biasanya pagi2 orang akan study dan buat kerja sekolah kat dorm kan. Lepas mandi, NR basuh baju lepas tu solat istikharah kejap. Kerja sekolah banyak lagi nak kena buat. So, berjalanlah kaki ni ke dorm Sabrina untuk study sama-sama, sebab memang kerja sekolah NR dah tinggal kat dorm dia dan dah janji nak study sama-sama.
 
Sampai dorm Sabrina takde oranglah pulak. Semua dormmate-nya termasuk Sabrina sendiri dah merantau entah ke mana. Tunggulah Sabrina kat situ...nak study sorang2 sunyi sangatlaaa.

Ada pengumuman boleh ambik fon pagi tu. Hmm..pedulikan jelah sebab memang takde fon pun.
 
Untuk hilangkan rasa bosan tunggu Sabrina, NR bacalah novel Pantai Kasih. Entah bilalah nak khatam novel ni...lepas baca beberapa muka, rasa ngantuk tetiba. Tertidur. Zzzzz....
Bangun bila dengar ada orang ketuk dan bukak pintu dengan kalutnya...
Fathiyyah(P. Ketua Batch) kejut NR, 

"Wanna! Wanna!" 

Dengan mamainya NR tanya ada apa. Takutlah ada berlaku benda2 ke kan..
"Hmm...Bakpe?"

"Wanna! Nok cek result Kisas dok??" 

Terus terbuka luas mataku ini...

"Hah? Keluar doh ke? Bukan Ahad minggu depan ke??"

"Keluar doh harini. Nok cek dok?"

"Nok nok nok!"

Beberapa saat lepas tu Hanis Mansor datang menyusul dan diorang pun masuk dalam dorm tu.
Hanis mintak isi No. IC dengan Angka Giliran dekat fon dia. NR isi dengan penuh debaran. Fuhh..
Terkejut jugak masa isi tu. Sebab ada banyak lagi nama-nama kawan NR kat atas-atas dan diorang tak pernah menyuarakan pun hasrat nak mintak Kisas. Mugkin mencuba nasib kot.

Lepas fon bertukar tangan ke pemiliknya semula, 'perbincangan' pun bermula...

"Hanis, gane awok tahu result SBP keluar harini? Bukan orang kata Ahad minggu depan ke?"

"Saya pun dok tahu gok mulanya. Tapi tadi ***** kabo ke saya."

"Oooo..pastu awak suruh mak awak cek doh? Pastu, dapat dok?"

Ada riak sedih dekat muka dia. Okey, fahamlah tu jawapannya..

"Sabor ehh..ada hikmahlah tu. Mmmm..debor pulok. Kalau awok yang gi memanah peringkat kebangsaan ni dok dapat, saya ni ganelah..dapat ke dok tahu....."

Makin berdebar hatiku waktu ini!!

"Wanna, tahu dok saper lagi banat yang dapat?"

"Emm..saper ?"

"Maisarah dengan Fatimah"

"Hmmm? Bestnye One dapat..bolehlah dia jumpe Kak Mazlin. Fatimah pun? Bestnye..dia kata haritu dia isi saje2..untunglah isi saje2 pun dapat. Rezeki dia op...Hmmm.."

Look! It's true!
"If you and Sis Mazlin are destined to meet again, you would meet her no matter what".
"Meya dapat dok?"

"Dok..setakat ni yang dapat Kisas One dengan Fatimah je"

Okey..terbit rasa simpati dekat Meya @ Humaira'. Dia ni kawan baik One, mestilah sedih sangat2 kalau ditinggalkan kawan baik nanti..

'Perbincangan' terus berlaku..sehinggalah Hanis dapat panggilan daripada mak dia.
Mak dia beritahu keputusan yang dia cek. Aduhhh! Rasa macam nak tutup telinga dan buat dekk je sepanjang Hanis cakap dengan mak dia..BERDEBAR! Tu yang NR rasa..

Jeda seketika..

"Wanna, awak dapat Kisas"

"Hah?? Ye dok? Siyes ke ni?"

"Ye..betul. Mak saya kabo awak dapat"

Allahu Akbar....
Speechless...

Terus buat sujud syukur. Tapi beberapa saat lepas tu bangun balik. Baru terfikir, boleh ke buat sujud syukur tanpa tudung kat atas kepala?

Nampak tak apa yang NR nampak? NR rasa peristiwa pagi tu adalah petunjuk yang paling besar yang Allah bagi.
Solat Istikharah > Tertidur sekejap > Bangun > Cek result > Dapat Kisas


Tapi, mungkin jugak NR yang tersalah tafsir. Entahlah, ni pandangan NR je.
Wallahua'lam..

Emmm..tak rasa ke macam entry ni panjang sangat?
Sambungan.... Kronologi Kisah #FromIkemToKisas II


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

0 yang memberi respon :